Friday, November 7, 2014

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin.

"Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong..

"A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose.

Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane.

"Ika nak g US.." kate rose

"Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia.

Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara terpeinci. Apa yang ana tahu, negara-negara di dunia ini dibahagikan mengikut benua dan Malaysia terletak di benua Asia tenggara.

Dunia tebahagi kepada 6 benua..geografi ana ingat sikit-sikit je

Mujur ade Ika, panjang lebar die menerangkan lokasi dan perbezaan UK dan US kepade ana dan Rose . Sebelum menyambung pelajaran di UTP, Ika belaja di Taylor Collage untuk persediaan ke Canada. Tapi perancangan Allah menetapkan rezeki Ika di UTP supaya dapat berukhuwah dengan ana..dan sahabat-sahabat lain. Alhamdulillah. Credit to Ika housemate.

Informasi yang ana dapat simpulkan. UK terletak dibenua Eropah dan US di benua Amarika Utara. US lebih jauh jaraknye dari Malaysia berbanding UK. Tiket kapal terbang pergi dan balik Canada = US lebih kurang RM4000 dan perlukan lebih kurang 23 jam berada dalam kapal terbang. Subhanallah, termenung ana seketika..

Balik Melaka jauh lebih murah dan mudah. Tambang bas RM42 dengan tempoh perjalanan 8 jam. Jika berkereta dengan kelajuan 130km/jam hanya mengambil masa 5 jam dengan kadar tol lebih kurang RM35 dan minyak kereta RM60. Jika balik ramai-ramai,lagi boleh jimat duit. Apapun tidak salah merantau ke negara orang untuk menuntut ilmu yang pelbagai. Sekali-sekala perlu juga kita luaskan pendangan dan pengalaman kite ke benua-benua lain.

Ana menyimpan cita-cita untuk ke tanah arab (^_^)v

Jadi, macam mane?? nak sambung belajar lagi ke agak-agak?? I also wondering if i still have the passionate to further my study..mungkin minggu exam yang begitu menekan, membuatkan ana kurang berminat untuk sambung belajar. Walaubagaimanapun, Allah lebih mengetahui. I'allah last paper ahad ini..Network Security, pray for me..syukran
Share:

0 comments:

Post a Comment