Wednesday, October 27, 2010

Dunia yang memperdaya

Asalamualaikum w.b.t

Walaupun dah agak lewat malam, ana kerahkan juga jari yang dah lenguh-lenguh akibat berjam-jam menari diatas papan kekunci laptop untuk menulis suatu khabar untuk makluman pembaca. Post kali ini juga tidak ana rancang ekoran kekangan masa dan tekanan menyiapkan project yang kebanyakannya berkaitan design website-website dan software di minit-minit terakhir sebelum exam week kira-kira 2 minggu lagi. Bak kate orang tu "last touch up".

"Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan"
Alhamdulillah, nampaknye kadar pengangguran akan berkurangan tidak lama lagi. Dan pastinya mahasiswa dan mahasiswi yang akan menamatkan pelajaran tidak lama lagi gembira membaca keratan akhbar di atas. Tidak perlu pening kepala,kerjaya idaman sedia menanti di luar sana. Tapi pekerjaan ape ye??..kepada yang dah baca surat khbar i'allah dah tahu..

"Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus."

Inilah pekerjaanya wahai rakyat Malaysia yang amat dikasihi sekalian. Pedana Menteri yang amat kita kasihi melimpahkan kasih a kepada kita semua melalui pembinaan pusat hiburan,spa dan kelab malam yang menelan belanja sebanyak RM467 juta. Nampaknya di sinilah tempat kita semua akan bertahajjud dan berqiamulail setiap hari. Usah bimbang kita diperuntukan enam buah tempat yang pasti dapat menampung bilangan manusia yang ramai. Jika itu juga tidak memadai, 2014 akan tersergam 10 lagi mahligai malam yang akan dibina.

[kembali menjadi diri sendiri yang kian lelah mendengar berita jahiliah seumpama ini saban hari]
Wahai saudara -saudaraku, bangun dan lihatlah apa yang terjadi keatas negara islammu ini. Tidakkah kau sedih dan marah melihat keadaan ini. Tempat-tempat sebaginikah yang kau impikan untuk membangkitkan dan mengembalikan kemenngan islam sedikit masa nanti. Duit dan keuntungan dari sumber inikah yang akan kau jadikan darah daging mu. Harta dari sumber inikah yang akan kau wakafkan ke atas jalan Tuhanmu. Apakah hidupmu hanya mendambakan hiburan dan kesenangan semata-mata.


Rela kau membiarkan dirimu dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak terhingga. Berani kau ingkari perintah Tuhanmu yang selama ini terlalu permurah terhadap nyawa dan jasadmu. Sanggup kau kufuri nikmat dunia yang tidak selamanya engkau miliki. Mata, lidah, telinga, tangan dan kaki yang tidak pernah engkau ciptakan sendiri itu milik siapa?? Kejayaan yang kau miliki itu milik siapa sehingga sanggup kau membelakangiNya??
"Dan tiadalah (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."
[Surah al-An'aam : 32]
Share:

1 comment:

  1. astaghfirullah..
    sama2 kita insafi kembali..
    utk apa kita semua dijadikan..?

    ReplyDelete