Skip to main content

Peringatan kita bersama


“eh, apesal engkau tak pakai tudung pulak ni? Ni kan luar rumah” tegur seorang wanita kepada jirannya dihadapan jiran-jiran yang lain. Merah padam muka si Jiran menahan malu.

Cuti yang sangat panjang semesta ini, menemukan ana dengan pelbagai kerenah masyarakat di kejiranan ana. Sesekali gelagat dan tingkah mereka ana perhatikan. Kelihatannya manusia kini semakin berani dan lantang bersuara dan tidak terkecuali diri yang menulis ini. Tidak ana nafikan bahawa kelantangan suara sedemikian ada baiknya. Namun dari perspentif lain, yang keras hanya boleh dilembutkan dengan sesuatu yang lembut juga.

Adap dalam berdakwah juga menuntut kita untuk bijak dan berlemah lembut. Sesiapa yang menasihati saudaranya secara rahsia, maka ia telah menasihatinya dan mengelokkanya dan sesiapa yang menasihati saudaranya secara terang maka ia telah membuka tembelangnya dan memburukkanya. Ada juga buku yang ana baca mengatakan bahawa jika menasihati secara terang, ia seolah-olah menelanjangkannya.

Ana yakin kita semua adalah manusia yang mempunyai kekurangan dan kecacatan; dan menjadi kewajipan orang Islam untuk memberi petunjuk sesama mereka tetang kekurangan dan keaiban yang ada pada mereka. Lataran seorang mu’min adalah cermin kepada saudaranya. Di antara sifat orang-orang yang beriman ialah mereka sama-sama memberi peringatan tentang kebaikan dan kesabaran.

******
Begitulah al-kisah ragamnya si masyarakat... Salam pembukaan, buat diri ana yang baru pulang ke UTP untuk meneruskan lagi pelayaran ilmu di kampus Tronoh ini. Berbekalkan azam, semangat dan roomate baru insyaAllah semesta ini diharapkan antum juga bersemangat seperti ana untuk meneruskan misi dakwah di bumi Allah s.w.t. Maaf atas keadaan blog yang lama dibiarkan sepi..namun alhamdulillah lalang yang tumbuh di tepi blog ini belum pun panjang untuk menutup ingatan ana terhadap blog yang ana kasihi ini. Nantikan post2 yang baru (^_^)

wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

Masak memasak

Bab memasak bukan la menda yang simple bagi aku. Salah satu sebab ialah aku sejenis yang tak suka makan masakan sendiri. Bile tak selera nak makan, maka tertutuplah selera untuk memasak. Tapi, sebb anak-anak aku rase aku dah kne ubah mindset itu. Anak-anak dah besar perlukan zat dan makanan yang sihat. So you like it or not. Masak lah dengan niat amanah dan ibadah untuk keluarga.. Insafnye la ape yang aku tulis ni.. Not easy, but insyaallah it worth. Allah tahu kamu struggle lawan nafsu kamu yang malas masak tu.. Sampai boleh nangis sebb masak je.. Ape la