Thursday, December 28, 2017

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .).

Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah.

Apepun biarkan sel otak mereka berhubung. Berexplorasi dan berexperimentasi. Cuma sedang mengajar mereka untuk kemas semula selepas bermain. Umi boleh betoleransi dengan barangan yang bersepah tetapi ada HADnya. Not for umi, but for your own good. Mengurus dan mengemas bukan hanya barangan, tapi juga kehidupan. Baik lelaki mahupun perempuan, harus pandai kemas rumah. Langkah pertama, silibus pertama kemahiran hidup. Your teacher is umi and home is your classroom.

Adik dah meloloskan diri setelah kerja-kerja pemunggahan 'barang' selesai. Thanks Mu'izz

Mu'min nampaknye sedang belajar untuk menyusun barangan.
Mungkin perlukan sedikit guide untuk beliau menyusun untuk 'kebaikan'

Menara buku. Adik kat tepi tu ade 'Project' lain.

For my own note. I have to teach my children that cleanliness is half of Iman. Hadith 23 dalam Hadith 40 Imam Nawawi. Doakan urusan mendidik mereka dan diri saya sendiri dipermudahkan. In conclusion enough 3 no other assistants needed and I LOVE them so much!! (but the BEST assistance is always Allah's Blessing)

"and if you count the Blessings of Allah, never will you be able to count them" Ibrahim:34

Share:

0 comments:

Post a Comment