Sunday, February 5, 2012

Ismalina Ishak 4 flat


Assalamualaikum w.b.t

"Akak bile nak update blog"

"a'ah bile nak update yer??"

"i'allah dalam mase terdekat akk update =)"

Soalan adik Jan12 yang membuat ana bermonolog sendiri. (^_^)v ThanQ dik..ni akk nak update blog la ni..Fasi MAS yang malas update blog.

Alhamdulillah harini lunch ana dan 8 lagi sahabat di sponser. Makan daging kambing akikah sempena Maulidur Rasul oleh Kampung berdekatan. Cuti 4 hari, ana habiskan di UTP untuk mengemaskini segala urusan akademik dan urusan peribadi dunia dan akhirat. Hati menjerit juga ingin pulang tatkala menghantar adik2 Smart Group ke stesen bas dan kereta api, namun apakan daya.......(T_T)v

Final Year Project pun telah bermula. I'Allah minggu depan proposal pertama perlu dihantar kepada supervisor Dr Suziah yang comel dan baik hati. Jumaat pagi ana memenuhi janji berjumpa Dr Suziah dengan sedikit idea berkenaan FYP 1 dan dengan harapan beliau dapat membantu. Tiada tajuk khusus yang dapat ana fikirkan, cume melontarkan idea mudah berkenaan Internet Programming. Alhamdulillah, tidak lama berbincang ana memperolah tajuk yang ana kira berpadanan dengan expectation ana. Senyum sampai telinga dibuatnye.

I'allah selepas istikharah dan istisyarah ana mengambil keputusan menamatkan pengajian ana dalam 3 semesta lagi. Awalnye beria-ia nak habis seawal bulan September. Dalam kalangan sahabat intern, analah orang pertama beriltizam untuk mengambil 2 sem..Setiap kali ditanya, tanpa berlengah-lengah ana jawap.."i'allah habis bulan 9 ni". Namun aturan Allah mendahului perancangan manusia, ana tetap bersyukur. Impian untuk membantu keluarga masih tersemat kukuh. I'allah semoga segalanya dipermudahkan ALlah


Melayani kesedihan hati yang tidak dapat habis 2 sem lagi. Ana memetik dari tazkirah subuh pagi ini tentang kisah agung Rasulallah saw. Manusia hebat ini sebelum diangkat menjadi kekasih Allah telah diberikan pelbagai ujian. Di awal kelahiran telah bergelar anak yatim, kemudian kehilangan ibu, ditinggalkan pula oleh datuk yang dikasihi. Suatu ketika, baginda diuji pula dengan kehilangan anak lelaki Ibrahim sehingga menitis air mata baginda kerana kesedihan. Tidak cukup dengan itu baginda diuji lagi tatkala kehilangan isteri peneman perjuangan diikuti bapa saudara yang selama ini menjadi bentang keselamatan.

Ujian, dugaan dan kesedihan yang bertali arus. Tiada henti-henti, ditambah dengan ujian dalam perjuangan menegakkan Islam. Subhanallah. Manusia agung itu terlalu kental menghadapi segalanya. Berteman iman dan taqwa, sehingga hari ini namanya disebut, kepimpinanya di iktiraf dunia dan ajaranya tersemat dalam hati-hati manusia yang cintakan syahid. Jika diteliti, manusia hebat itu lahirnya dari TARBIYYAH Allah. Setiap ujian yang diberikan memberi makna yang mendalam dan membentuk peribadi agung yang hari ini dijadikan contoh dan ikutan.

Jadi..jom teladani RasulAllah..Ya Allah semoga semesta ini Engkau berikan Ismalina Ishak 4 flat!! Ameen


Share:

3 comments:

  1. insyaAllah.. amin, amin, amin.. :) all the best.!

    ReplyDelete
  2. All the best jugak! Amin utk doa itu... ^^

    ReplyDelete