Monday, March 19, 2012

Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa


Kalau Allah betul2 hebat, bolehkah Allah menciptakan sesuatu yang terlalu besar @ terlalu kecil sehingga Allah sendiri tidak dapat memasukinya. Bukankah ini membuktikan banyak perkara sebenarnya yang Allah tidak berkuasa lakukan?

Islam tidak adil. Lelaki boleh berkahwin empat tetapi wanita tidak. Kerana itulah wanita dizalimi. Wanita juga dianiaya dalam Islam kerana tidak dapat membela diri kerana kuasa cerai terletak sepenuhnya di tangan suami. Wanita dalam Islam sentiasa menjadi mangsa pukul dan penghinaan suami tanpa boleh menceraikan suami... Zalim!

Azab kubur wujud? Jadi bagaimana pula jika org yang mati di laut, dimakan harimau dll… Adakah azab kubur itu suatu penipuan @ sudah tidak relevan dengan zaman moden ini? Adakah ini penipuan zaman lampau yang tidak mampu dipadamkan?

Rasululah disebut hanya sebanyak 5 kali dalam al-Qur’an tetapi Nabi Isa sebanyak 25 kali. Bukankah ini membuktikan Nabi Isa lagi hebat?

Nabi Isa akan diturunkan pada akhir zaman nanti dan sekarang masih hidup setelah diangkat ke langit ribuan tahun dahulu. Maka siapakan yang sebenarnya nabi terakhir? Dan bukanlah ini menunjukkan Nabi Isa itu Tuhan kerana masih hidup dan tidak wafat lagi?

Nabi Isa tiada bapa. Adalah mustahil seseorang itu dilahirkan tanpa bapa. Bukankah ini membuktikan Isa adalah anak Allah?

Kadang2 Allah menggunakan “Aku Menciptakan”, kadang2 “Kami Menurunkan”, bukankah ini menunjukkan Allah itu ramai? Dan sekaligus membuktikan kerendahan tuhan kerana memerlukan pembantu (malaikat) untuk menurunkan rezeki, menjaga syurga dll. Jika betul Allah hebat, perlukah Allah kepada pembantu?

Kenapa kita semenjak dahulu lima kali sehari diwajibkan untuk menyembah berhala (kaabah)? Kita juga disuruh mengambil wuduk setiap kali sembahyang jika terkentut dsbg. Jika terkentut di bahagian lain kenapa perlu basuh muka pula? Bukankah ini suatu undang2 yang kelakar dan pelik?

Rasulullah dikategorikan golongan barat sebagai Sex Maniac kerana berkahwin dengan 12 orang isteri. Dan salah seorangnya masih kanak2 dan belum baligh. Kenapa begitu zalim?
Share:

1 comment:

  1. assalamualaikum.

    hmmm... kenapa x bgi jawapn sekali..? pening pikir soaln2 tuu. huhuu. :( takot pn ada. =.='

    ReplyDelete