Monday, June 18, 2012

Kera oh Kera

"Is this monkey!!??" suara seorang lelaki kulit hitam separuh menjerit, menerjah gegendang telinga ana
"heee..I think so.." ringkas ana menjawap.

Lucu melihat reaksi mukanya. Takut tambah malu dan marah selepas dikejar seekor kera UTP. Bersungguh-sungguh benar die berlari sampai habis seliparnya melayang. Ana yang baru balik dari berjoging, ketawa sendiri. Memang tak boleh nak digambar bersungguh-sungguhnye dia melarikan diri dari kera yang bertaring panjang tu.


Sebut pasal kera ni, UTP ni ade tempat-tempat yang terlalu amat sangat eco-friendly. Ade pelbagai jenis haiwan kera, biawak, babi hutan, ular dan pelbagai lagi. Semuanye tidak menggangu manusia kecuali si kera. Habis dapur asrama dikemasnye, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau si kera ni datang, kami hanya mampu menjerit dan lari kedalam bilik je. Haiwan ni bahaya, silap-silap hari bulan, dapat 15 jahitan kat badan. Alhamdulillah masih belum ada kes seumpama itu dilaporkan diUTP..masih selamat untuk dihuni oleh 10 000 pelajar pada masa akan datang.

Ana memetik satu kisah dalam buku Al-ghuraba' karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan, tentang mencontohi kebaranian Rasulallah. Kisahnya mudah, suatu hari ketika dalam perjalanan Rasulallah menemani bapa saudaranya Abu Talib untuk berdagang ke Yaman, baginda telah melihat seekor unta jantan yang liar dan buas, lalu Rasulallah pergi bersendirian menjinakkan unta tersebut sehingga hilang liarnya. Baginda ketika itu berumur 17 tahun, kire-kire kite masa form 5 dahulu. Hebat Rasulallah!!

Entry ini bukan, untuk menyeru kite supaya menjinakkan kera-kera UTP, atau jangan lari kalau nampak kera. Wajib bagi umat islam memelihara jiwanya dari perkara-perkara yang mengundang bahaya. Sama juga hukumnye seperti manusia menghisap rokok yang boleh membunuh. Juga harus bagi kite membunuh haiwan yang membawa mudharat. Kera boleh mambawa maut kalu menyerang manusia.

Cume pengajaran kisah Rasulallah ini, bukan hanya keberanian baginda tetapi hubungan dengan makhluk selain manusia..masa ana sekolah rendah, ade sorang cikgu kata..kalau nak tahu kite ni penyayang atau tidak haiwan suke pade kite. Kalau pergi ke aquarium, ikan mari kat kite..Ana xpasti kesahihanya. Tapi ade logiknya. Haiwan mempunyai deria yang lebih tajam. Boleh jadi haiwan boleh rase aura baik seseorang melalui sixth sense mereka. Tetapi lain pula Pak Belang atau ikan jerung memang suka manusia. Mereka tak pilih-pilih, tapi ana rase mereka lagi suka yang aura negetive...(^_~)v  just joking.

Boleh jadi, unta yang Rasulallah jinakkan itu dapat merasai baiknya akhlak dan peribadi insan bernama Muhammad, walaupun ketika itu baginda belum diangkat menjadi rasul..teladan pade kite untuk sentiasa berkhlak mulia pade Allah, manusia dan haiwan. Rasulallah tidak membunuh unta tersebut untuk dimask gulai, tetapi menjinakkanya..



Share:

3 comments:

  1. assalamualaikum w.b.t

    khinzir hutan...? :/ mcm dok dlm zoo la pulak. ==' hhaha. kalau dh jmpk khinzir hutan tu, nk berani mcm mna pulak.? hmm.

    ReplyDelete
  2. emm, oke2. lupa. haha, btw, mcm kenal la al-qhuraba' apa ntah mksud dia? :/

    ReplyDelete