Skip to main content

Orang yang berjaya




Ana dah lama xlogin facebook. Mungkin tiada apa yang menarik untuk di belek. Aktiviti yang selalu ana buat jika login ke laman tersebut pastinya mengintai dan menyiasat dinding muka buku kak ngan dan abang, tagging-taging, liking-liking dinding orang lain atau menconteng sesuatu di dinding muka buku sendiri. Memang tidak menarik. Hari ni terjumpa pula lagu Devotees yang menarik ni di dinding sahabat muka buku..Rentak perlahan tapi semangat dengar. Ana jarang meminati lagu berentak perlahan..sikit-sikit je..

"Bila masanya menjelma, kejayaan akan menjelma..."

Mood study datang dan semakin berbunga-bunga rase nak study (^_^)v. Terdetik dalam hati, mungkin juga mengakui kata-kata kakak-kakak senior suatu masa dulu. "nanti kite akan rindu waktu-waktu kite menuntut di kampus ni.." banyak perkara yang student boleh buat tetapi orang yang dah bekerja tak boleh buat. Menghargai curahan ilmu dari lecturer-lecturer yang pemurah lagi baik hati. Memenuhi masa-masa lapang seorang pelajar dengan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah dan makhluk ciptaanya. Bahagia dalam keadaan bebanan tanggungjawap yang belum menggunung seperti orang-orang dewasa yang bekerjaya dan berkeluarga.

Ana tak nak jadi orang yang rugi, harini sama seperti semalam, tak mahu juga menjadi orang yang gagal, apabila harini lebih teruk dari semalam..tapi bercita-cite menjadi orang yang beruntung, orang yang harini lebih baik dari semalam, semalam ana menuntut ilmu dengan ustaz, hari ni i'allah nak bersama-sama sahabat di surau v4 pula. Harini buat Assingment 1 esok siapkan Assigment 2 dan jumpe lacturer..I'allah..perancangan manusia..sedang allah juga merancang....[Semalam, terpijak tahi kucing masuk dalam BKM Adah..Kesian kereta Adah, ade perfume baru..harini boleh pijak tahi ayam cicak, supaya tak teruk dari semalam]

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.