Sunday, August 26, 2012

My dream House..

Dah berada di UTP semula untuk pertarungan yang getir 30 hb nanti. Dua hari berkampung dalam kereta menyebabkan seluruh jasad terase kurang sihat. Jumaat menekan minyak dan memutar stereng ke ibu kota Malaysia..makan kuih dan makan angin sekali gus. Sabtu menjadi penumpang menuju ke destinasi bukan pilihan, tetapi paksaan [xnak balik UTP.....] dan hari ni sedang membuang mood raya untuk mencari mood study. Mengali-gali muka buku untuk mencari sesuatu yang tak pasti, namun semuanya kelihatan sangat membosankan. Mengudam folder gambar dalam komputer, juga tidak mencapai expectation hati yang tidak keruan [mood raya masih bersarang dalam minda.."otak kata jangan hati pula kata ya~~"]. Tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan. Sekadar membiarkan jari terus berlari-lari atas keyboard tanpa matlamat.

.......mungkin music boleh membantu.."Rabbani - Mana Milik Kita"...........

(^_^)v terapi yang membantu...orang senilah katekan..sebut pasal seni, pernah suatu ketika dahulu ana bercita-cita nak menjadi seorang arkitek. Nak design rumah sendiri, rumah dua tingkat yang sederhana besar [kalau besar payah pulak nak kemas] Ada laman yang boleh dijadikan ruang rehat dan santai dengan pokok-pokok tropika hijau yang menyejukkan suasana rumah, berlantaikan rumput hijau yang menyegarkan pandangan.


This is the best picture [selepas google] yang boleh describe my dream [sederhana la sangat]. 
Kerete CR-V dan Swiff tu pun kalau boleh free gift beli rumah (^_^)v


Laman yang berpagar for safety,cume pasu-pasu yang mahal tu mungkin tak perlu pun..
Gazebo tu memang menarik tapi kalau takde bumbung, macam tak berfaedah juga rasenya.

Pernah juga bercita-cita menjadi seorang interior designer untuk decorate ruang-ruang dalam rumah. Kecik-kecik dulu ana idamkan ada bilik solat khas untuk solat jemaah, majlis ilmu, usrah keluarga dan mengaji al-Quran. Dekorasi ala timur tengah. Akan ada juga bilik baca yang memuatkan semua buku kesayangan ana yang ana kumpul dari kecik. Cume buku-buku UTP je ana dah jual, tak sanggup menatap buku-buku tebal yang memberi mimpi ngeri pade ana..


Ini sebenarnya dekorasi ruang mandi, tapi ana suke tingkap yang ala-ala mimbar tu
Lampu dan cermin yang sangat arabic juga rak yang sederhana untuk telekung dan sejadah
So, ruang macam ni boleh diolah mengikut kesesuaian dan cita rase individu


This might not be the best picture untuk bilik bace ana, 
tapi this might be the best color describe me and my future house
rumah sekarang pun warna temanye hijau..ibu pun sangat fenetik hijau..-_-"

Bilik dan ruang-ruang yang lain tu nantilah kite cerita lagi kalau ade mase. Stakat ini dahulu entri yang tidak dirangcang ini. In conclusion, this is my dream house when I was small. Nama pun "dream"..boleh jadi ianya tercapai, boleh jadi ianya hanya tinggal mimpi (T_T) ..Kite merancang Allah merancang, namun yang terbaik adalah perancangan dari Allah. He know the best, therefore be good. Wassalam
Share:

2 comments: