Saturday, February 23, 2013

Terima Kasih Ibu


Bukan mudah tugas seorang wanita biarpun hanya duduk dirumah. Kagum dengan kebolehan, ketabahan dan kesabaran ibu mengendali semua kerja rumah dan menghadapi semua cabaran sendirian. Dua tahun tanpa pendengar dan penyokong setia bernama suami. Macam-macam yang telah dirasai, mehnah dan masalah yang mengoncang menjadiakan kubu hatinya semakin kuat. Tali yang kelihatan usang nampaknye melakat teguh pada tempatnya. Siring dengan usia yang semakin bertambah dan kedutan diwajah yang semakin jelas, begitu juga ilmu dan imannya kian bertambah dan segar. Matlamat dan jalanya tidak lagi kabur. Allah dan syurga!

Ulang tahun ibu yang ke 53 kemarin kami sambut sederhana.....Selamat Hari Lahir Ibu ^_^
Share:

0 comments:

Post a Comment