Skip to main content

Lesen Full

Alhamdulillah baru dapat lesen full, tiada lagi lesen pecubaan ^^... Dua tahun pengalaman memandu banyak sungguh peristiwa suka duka berlaku. Kemalangan melanggar dan dilanggar pernah dua kali dilalui. Peristiwa dilanggar berlaku di Gombak ketika WMR baru melepasi lampu isyarat hijau ketika membelok ke kanan, kos pembaik pulih ditanggung sepenuhnya oleh abang kereta Myvi apabila owner kereta WMR menangis teresak-esak ( WMR baru keluar dari klinik dah masuk klinik semula). Pengalaman memanduk kereta Viva lalui menabrak kereta Produa Kelisa sehingga kemek pintu depan sebelah kanan berlaku di Blok 5 UTP, kosnya ditanggung oleh insan-insan mulia sahabat-sahabat usrahku...alhamdulillah semuanya selamat dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pengalaman dikesan oleh speedtrap kerana melebihi had laju telah tiga kali. Pertama kali ketika praktikal yang melibatkan kawasan yang dikenali sebagai Shah Alam, menghadiri program berkaitan isu Gaza. Saman kedua di Batu Gajah ketika menghantar Junior ke stesen KTM dan saman ketiga ketika pulang ke Melaka menziarahi ayah sahabat yang meninggal dunia, urgent kerana mengejar majlis pengkebumianya. Oh Tuhan, apelah dosaku. Setakat ini baru satu yang berbayar yang lain Insyaallah akan menyusul suatu masa nanti. "pak cik polis, bile polis nak buat sale saman?" ^^


Pengalaman lain, memulakan pemanduan seawal 3 ke 4 pagi, sampai ke destinasi selewat 3 ke 4 pagi juga telah dilalui. Malam yang gelap, subuh yang sejuk, siang yang panas, senja yang oren, hujan lebat, ribut petir dan pelbagai lagi keadaan yang dilalui sepanjang dua tahun memandu sebagai pemegang lesen pecubaan. Kelajuan paling tinggi yang pernah dicecah hanya 140km/h. Lokasi musafir sebagai pemandu yang pernah di lalui dah sampai ke Sungai Petani Kedah, Kuala Terangganu, Kota Bharu Kelantan, Segamat Johor, Bahau N.Sembilan, Perak dan Melaka pula adalah kawasan permainanku. Selangor dan Kuala Lumpur juga sedang diterokai..suke..suke..suke

Pelbagai kenderaan telah dipandu uji. Myvi, Viva, Avanza, Saga baru, Saga lame, Wira, Wira aerobek, Gen2, Pesona, Iswara, Vios, Satria, Kancil dan pelbagai jenis motosikal yang dipinjam daripada sahabat kampus. Namun pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah memandu 80km/h dari Perak ke Melaka untuk menjimatkan kos perjalanan tol dan minyak begitu menyeksa jiwa dan badan. Juga pengalaman memandu kereta Iswara yang meternya tidak berfungsi dari UTP ke Kuala Kangsa...

Itu sahaja laporan dari wartawan minggu ini...pandu cermat jiwa selamat ^^

Comments

  1. aktif2 berblog ye.. jeles pulak saya.. hehe :D

    awak, saman apa lg yg belum bayar? berapa ek?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...