Wednesday, March 6, 2013

Kecantikan wanita : Nutrimetics




Meh kite layan sekejap arus kemodenen sekarang. Al-kisah bisness adikku yang berkembang agak pesat sekarang. Brand yang agak ternama, mahal tetapi berkualiti. Nutrimatics keluaran Tupperware yang juga di perkenalkan oleh sepupu kami yang hidup senang dengan peniagaan ini. Mule-mule membelek katelognye agak terbeliak biji mate melihat harga setiap produk. Hampir semuanya bernilai atas RM10 dan separuh daripadanye bernilai ratusan ringgit. Itukah nilai kecantikan..tanya diri yang baru habis belajar dan pakai bedak sejuk sahaja -_-"

Apabila dibelek kali kedua dibaca dengan teliti rupenya bukan untuk kecantikan semata mata. Ade added value untuk produk ini, iaitu kesihatan. Maka dilahirkan page Circle Square untuk membantunye memasarkan produk ini. Melembapkan bibir, mencerahkan kulit, menegangkan, melambatkan penuaan dan pelbagai masalah cuba diatasi dengan penghasilan produk ini. Kalau nak cube atau nak belikan untuk sape-sape yang anda rase perlu, bolehlah di "Like" dan mencuba sendiri. Juga dialu-alukan pade sesiapa yang nak belanje saye budak baru habis belajar, ambil galah tolong jolokkan ini ^^.

Testimoni boleh tunggu lagi 3 or 4 bulan apabila tuan kepada blog ini cuba sendiri. Cuma lipstick keluaran terbaru seperti gambar diatas ini amat menarik dan akan dicuba tidak lama lagi. Pinjam lipstick adik, testing dulu baru beli. Katenya ikut warna darah, tidak terlalu merah mak ngah dan tidak pula gersang seperti hidup di gurun sahara. Dan pesanan khas dari penaja, berpada-pada dalam bersolek agar kena pada tempatnya. Elakkan tabarruj dan pastikan niat anda make up adalah suci dan murni...bukan niat tunjuk pade orang...meh tonton link dibawah untuk panduan kite semua.




Share:

0 comments:

Post a Comment