Minggu lepas kami sekeluarga menghabiskan masa di HKL. Ujian Allah di bulan Ramadhan. Mu'min muntah-muntah pada hari Jumaat. Semua apa yang masuk dalam perut semua keluar balik. Kesian sangat, dia nak makan dan nak susu sebab lapar, tapi bila masuk aje makanan dan susu 10 minit kemudian Mu'min akan muntah. Malam tu mula cirit birit, air dan lendir aje yang keluar. Kami bawa ke klinik berdekatan. Dr bagi ubat tahan muntah, katanye mungkin sebab tekak dia pahit dan dia demam. Ok, so kami balik dan beri dia ubat tahan muntah. Hasilnya tetap sama, muntah. Tapi alhamdulillah malam itu die boleh tidur cuma xnyenyak. Lapar gamaknye. Sabtu pagi kami cuba bagi die susu, dan nasi tapi muntah juga. So kami pun terus bawa dia ke HKL, klinik pesakit luar. Dr pun tahan ward. Tapi alhamdulillah die dah mula boleh makan tanpa muntah alhamdulilah so kami jangkakan petang mungkin boleh keluar :P . Di ward Dr masukkan drip n bg air. Lemah dan tidur aje die sepanjang hari. Kami kene bermalam di...