Friday, May 28, 2010

Elak negara muflis , subsidi dimansuhkan

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini ana berkesempatan mendengar radio IKIM.fm sambil membuat pembetulan test paper Object Oriented Programming.

Ana tertarik dengan segmen yang membincangkan topic "Elak negara muflis , subsidi dimansuhkan". Pendengar diberi peluang memberi pandangan berkaitan pemansuhan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan .Kerajaan akan menaikkan harga minyak 10sen seliter secara berperingkat-peringkat untuk menampung pebelanjaan negara dan mengelakkan berlakunya muflis seperti yang diramalkan.

Kata seorang lelaki "pendapat saya, kerajaan nak tarik balik subsidi tu hak kerajaan la kan, sebab mereka berkuasa, tapi bagi saya sebagai rakyat saya tidak bersetujulah.."lelaki tersebut menyoalkan tindakan kerajaan yang meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit namun akhirnya project tersebut terbengkalai.


Katanya lagi kerajaan patut mengawal pengaliran duit agar tidak berlaku pembaziran . Perkara yang lebih menarik, beliau memberi analogi "contohnye macam sebuah keluarga, kalau keluarga tu xde duit, suami, isteri dan anak-anak semua kene berjimat cermat ; bukan anak-anak sahaja yang kene ikat perut tapi ayah belanja sakan"


Katanye lagi "tidak sepatutnya apabila negara tidak berduit dan akan muflis, kerajaan suruh rakyat ikat perut padahal orang yang berpangkat dan berkuasa bebas berbelanja , ini dah macam ketam mengaja anak berjalan betul "..hermmmm.... akal yang sarat dengan coding-coding programming ini mula ber fikir [exam next week]

Bagaimana boleh keluar ramalan negara akan muflis dah perbelanjaan yang perlu ditanggung adalah berjumlah ratusan juta?? Nauzubillah berita yang ana kira, patut kite sebagai warganegara khuwatiri.. Persoalanye bukankah Malaysia kaya dengan hasil buminya terutama petroleum, bukankah baru-baru ini negara baru sahaja memberi lesen perjudian yang sepatutnye menambah pendapatan negara??[tak tercapai diakalku untuk berfikir lebih jauh]

Pemimpin celupan Allah

Bukan nak mempersoalkan tindakan negara dalam usaha untuk menyelamatkan negara tapi..Mengapa wang rakyat dilihat sebagai jalan penyelesaian yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini??

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, kerajaannya pernah dilanda kekurangan makanan . Khalifah Abu Bakar sangat bimbing sehingga jatuh sakit. Akhirnye datang satu rombongan dari Mesir datang dengan bekalan makanan yang banyak . Khalifah terus menyuruk ketua rombongan itu untuk mengagihkan semua makanan tersebut kepada rakyatnye .

Khalifah mengajak ketua rombongan untuk makan bersamanye.Tanpa berfikir panjang ketua rombongan tersebut pun mengagihkan makanan tersebut dengan. Hatinya berbunga ceria kerana selepas ini dia akan makan bersama Khalifah.

Apabila sampai di rumah, maka Abu Bakar pun menghidangakan [xpasti sape yang hidangkan] makanan. Alangkah terkejutnye ketua rombongan tadi apabila melihat hanya roti kering dah air sahaja yang terhidang. Dengan penuh tanda tanye die bertanya kepada Abu Bakar

"apakah yang disajikan ini?"..lalu Abu Bakar menjawap

"aku menghidangkan padamu apa yang aku makan" ketua itu bertanya lagi

"mengapa kamu tidak mengambil daging daging tadi?" maka jawap Abu Bakar

"aku telah berjanji bahawa aku tidak akan menyentuh daging-daging tersebut sehingga rakyatku puas menikmatinya"

Subhanallah begitulah akhlak seorang pemimpin yang hidupnye islam yang berteraskan iman dan ketaatan kepada allah. Prinsip rakyat didahulukan pencapaian diutamakan sebenarnye telah lama diajar dalam islam. Ketika itu tidak ada kempen-kempen atau selogan yang dicanang disana sini tapi diaplikasikan didalam kehidupan. Boleh dikatakan inilah hasil celupan allah.

"Shibghah Allah [Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan]. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah."
[al-baqarah:138]

I'allah kerajaan Malaysia pasti akan mengorak langkah mencontohi Khalifah Abu Bakar. Mungkin selepas ini pemimpin negara kita akan makan iftar dimasjid bersama rakyat instead of makan di hotel 5 bintang.

wallahualam

Share:

3 comments:

  1. salam.
    subhanallah..
    entry yg baik utk membuka minda kita rakyat malaysia terutama yg Islam..

    p/s penulisan enti semakin baik isma..teruskan menulis.. :)

    ReplyDelete