Sunday, September 19, 2010

Dakwah kadang-kadang...

“Em..esok aku kane bangun dan kejutkan kawan-kawan bangun subuh. Harini diorang dah menjajah satu melaka so mesti penat dan susah nak bangun awal pagi” kata ana dalam hati

Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lepas kawan-kawan sekolah rendah datang menziarahi saya di melaka. Sambil-sambil melancong diorang singgah ke teratak usang saya di Jasin. Mujur ade seorang ni pernah menjadi penghuni MRSM Tun Ghafar Baba yang lokasinye amat dekat dengan rumah . Jadi mudahlah mereka menaiki bas menuju kerumah . Berbunga-bunga hati ibu bila tahu kawan-kawan saya yang cukup die kenal nak datang. Hati saya apatah lagi..

Ibu memang suka menerima tetamu. Ibu pasang siling kat ruang tamu [jen0h kami adik beradik mendongak mengecat siling, nasib baik xteleng kepala kami ]ibu pasang kipas dinding kat dalam bilik  supaya nanti 6 orang kawan perempuan selesa tidur bilik tu dan bilik solat. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi demi keselesaan tetamu dan alhamdulillah itu juga rezeki dari Allah.



ini tukang cat amatur


cat kapur macam boleh dijadikan liquid paper je


wajah-wajah yang membesar same-same dengan
saya di Negeri Sembilan dulu..SK Serting FELDA


sungai di kampung ni dah lebih kurang macah air teh tarik


bawak DO melihat-lihat kawasan


dah pulang pada keesokan harinye
terima kasih kawan-kawan (^_^)
Share:

0 comments:

Post a Comment