Skip to main content

Menara Warisan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pagi selepas subuh tadi Allah lapangkan masa ana untuk mentadabur alam di tasik UTP. Walaupun hanya dapat berjoging kurang daripada 400m dek kerena urat kaki yang secara tiba-tiba menegang tetapi,ana tetap bersyukur kerana masih dikekalkan nikmat pengelihatan untuk menghayati keindahan alam. Syukran kepada sahabat-sahabat yang mengajak ana, sekali gus mengetuk pintu hati yang kadang kala malas untuk beriadah.


ikan UTP yang bertasbih memuji nama Tuhan yang menciptakan

***
setelah perut diisik dengan nasi goreng kampung Batu Pahat [kredit untuk Mai] dan tom yam kangar [kredit untuk rose] ana pun menyambung "taipan" untuk entry blog hatikubermunajat yang ke-92 ini.

Tadi, sebelum ana terhenti sebentar dari menaip untuk menolong sahabat-sahabat masak ana membaca berita dari Malaysia Kini . Teringat semalam ana sempat menonton Berita Utama TV3
di asrama adik smart group di Village 1. Sedar tidak sedar kementerian sekarang sedang hangat membincangakan Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Pelbagai intipati baru yang dibetangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak petang semalam yang perlu kita sebagai rakyat untuk ambil tahu.


Lanjutan daripada itu perlbagai spekulasi timbul bekenaan bajet tersebut. Em, makhluk yang bernama manusia ini kadang kala tersangat aneh, satu peristiwa [pembantangan bajet 2011] boleh pula keluar pelbagai isu lain, mungkin kita ini terlalu kritikal dalam berfikir. Ape-ape pun mari kita lihat apa yang wartawan tulis hari ini:


Banyak lagi sebenarnye. Tapi ini yang ana sempat bace. Antum yang ada masa, ringan-ringankan tangan untuk klik tajuk-tajuk yang lain dan mengetahui isu semasa. Jangan tunggu dah jadi YB atau PM nanti baru nak cakna isu semasa.(^_^) Hadith rasulallah s.a.w [ana x ingat riwayat siapa] "bukan dari kalanganku manusia yang tidak memikirkan masalah saudaranya yang lain"

wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...