Friday, January 28, 2011

Semesta 4 di UTP


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dapat juga ana tulis sesuatu direct dan fresh dari kepala ana. Posting yang sebelum2 ini ana tulis di rumah dan upload bila dah ade internet di UTP. Sekali-sekala di rumah tu, idea nak bercerita datang tiba-tiba. So, on laptop dan tulis di dalam word. Duduk di rumah dalam tempoh masa yang lama kali ini, banyak memberi ana ruang berfikir dan termenung. Bukan termenung kosong tapi, ade la....mane boleh bagitahu antum(^_^).

Kenape cuti panjang kali ini ana duduk rumah sahaja? Selalunya ana merantau seantero dunia. Kalau ikut plan, memang dah rancang untuk menghadiri macam-macam aktiviti, namun tidak disangka-sangka Allah telah rancangkan sesuatu untuk ana sekeluarga. Sehari selepas ana membeli tiket pergi dan balik UTP untuk menghadiri Kemah Ibadah, ayah ana ditimpa musibah. Alhamdulillah ayah selamat, cuma berlaku kecederaan di bahagian spinal cord [saraf tunjang] mengakibatkan ayah ana tidak dapat bergerak seperti biasa.

Syukran kepada sahabat-sahabat yang datang menziarah dan memberi bantuan. I'allah esok ana akan ke HKL untuk teman ibu yang jaga ayah disana. Ayah sapatutnye menjalani MRI [Megnetic Rensonance Image] Rabu lepas, tapi sebab ade besi kat kepala dan tangan, ayah telah pun ditahan wad. Semoga ayah cepat sembuh. (^_^) ayah kuat !!

*****
Di UTP lain pula ceritanya, desas-desus yang ana dengar akhirnya telah dikenal pasti kesohihanya. Ana pasti, bukan ana sahaja yang blur dengan berita itu, coursemate ana sumenye pun begitu. Sewaktu Head of Department CIS (HOD) memberitahu bahawa kami akan berinternship/ berpraktikal pada semesta hadapan, keadaan kami semua senyap, tidak gembira dan tidak pula sedih. Sebelum ini kami di beritahu bahawa kami akan berpraktikal pada bulan September, namun telah di awalkan ke bulan Mei.

Resume tak buat lagi, tempat intern pun tidak ada dalam bayangan lagi. Bukan itu sahaja, subject pun banyak lagi yang perlu ditarik untuk memastikan semesta akhir nanti kami tidak terbeban. Em, banyak solusi yang dicadangkan oleh HOD kami, sampai kami jadi kompius. Nak tambah semester ke nak graduasi awal ke nak tarik subject banyak-banyak semesta ini ke.Dugaan-dugaan. I'allah apa-apa pun hati ini bermunajat dan bergantung kepada Allah. Semoga keputusan kami adalah ilham daripada Allah. Jom buat resume !!
Share:

5 comments:

  1. Buat resume + tarik subjek yang biasa2 (i.e.: humanities etc)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sudah berjaya menambah subject,
    kini 19 credit hours,
    resume akan muncul tidak lama lagi..
    jangkaan graduasi sept 2012..
    i'allah Allah knows better (^_^)

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan urusan enti dan sekeluarga..kami sahabat2 sentiasa support Isma (^_^)..Tahniah sbb dpt grad awal..tinggallah kami bdak2 engineering di sini..isk isk isk

    ReplyDelete
  4. ade bestnye grad awal rose..
    cepat kerja dn cepat tolong mak ayah,
    yang xbestnye,xdpt convo same2 batch dn
    tension study..tp bah kate ziha..
    Allah Maha Mengetahui..(^_^)relex2 je

    ReplyDelete