Skip to main content

RM160 000 vs RM1

"Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi."

MasyaAllah, terbeliak biji mata ana membaca akhbar Malaysiakini sekejap tadi. Bil elektrik rumah ana dikampung hanya RM20. Jika lebih 30 pasti ibu akan membebel dan berkuliah panjang. Mulalah semua peralatan elektrik dicatu dan dikurangkan penggunaanya. Lampu akan cepat-cepat dipahamkan setelah digunakan. Kipas selalunya hanya berputar ditahap 2 atau 3 sahaja. Bagi ana itu dah cukup jumat dah.

Hati ana rase sayu apabila mendengar berita-berita seumpama ini. Ramai lagi penduduk malaysia yang tidak mampu makan walaupun sekali sehari. Sejak berintern di KL semakin jelas jurang taraf kehidupan masyarakat yang ana dapat lihat. Saban hari, hati terus basah dan menangis melihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua yang menjual tisu ditepi jalan mengharapkan simpati manusia yang lalu lalang. Apa yang ada dihulurkan, walaupun RM1..ana pasti mereka amat menghargai.

Mungkin juga diri ini amat memahami betapa bernilainya RM1 terutama dihujung-hujung bulan kerana pengalaman yang dilalui sendiri. Ziha mesti paham ape yang ana maksudkan- terkadang tidak perlu hujung bulan, tengah-tengah pun dah perit mencengkam perut betul x?? Apa pun kami bertuah di Carigali Petronas- Jimat!! Allah meletakkan kami sesuai dengan keadaan kami. Alhamdulillah.

Sekadar seruan kepada yang tidak merasai. Wahai, insan-insan yang bertanggungjawap mengambil duit kami . Pulangkanlah kembali hak-hak kami agar kelak kau tidak disoal dan kami tidak menuntutnya . Kerana nescaya,pada hari itu kau akan menyesal dan kekesalmu tidak akan berguna sama-sekali.

Comments

  1. pak cik tisu yg jual kat lrt masjid jamek tu kan..hu3..masa intern situ, selalu jumpa gak..semoga dapat pengajarn gak

    ReplyDelete
  2. I'allah..tapi terry bogart bukan intern kat melake ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.