Tuesday, July 26, 2011

Bismillah

Assalamualaikum w.b.t

Rase dah agak lama ana tidak mencoret sesuatu di kanvas blog ini. Teringat nak share satu peristiwa yang sangat mendidik ana. Kisah yang dah lama ana tulis, namun baru hari ini berjaya mempublishknnye. Semoga mendapat sesuatu.

Suatu petang yang lesu, sejurus tamat waktu bekerja ana pun terus melangkah keluar KLCC, menaiki train terus ke masjid jamek. Disana, lautan manusia begitu menyesakkan. Jarum jam hampir melewati pukul 6. Waktu ini memang muqadimah peak hour di KL. Manusia berpusus-pusu keluar dari office. The real peak hour, I’m not really sure sebab ana belum sempat kaji. Paling lewat pulang ialah jam 8malm. Itu pun manusia masih membanjiri Masjed jamek.

Back to the story, di masjid jamek seperti biasa ana ‘touch’kan RapidPass ana ke pintu masuk stesen LRT ke Ampang. Malang menimpa selepas lampu hijau menyala [ini bukan macam trafik light tau, ni security access machine] palang yang sepatutnye berpusing untuk membenarkan sekujur tubuh yang bernama ismalina ini masuk pun tiba-tiba tersekat. Maka gagallah ana meloloskan diri. Apa pun ini tidak boleh dibiarkan, ana terus ke pintu masuk manual yang dikawal oleh polis. Pak Polisi yang menjaga pintu tersebut ana anggarkan lingkungan lewat 30an [macam la ana ade ilmu pengiraan umur manusia].

Dengan langkah yang masih belum berhenti [kerana begitu tidak sabar untuk pulang kerumah]ana terus mengadu masalah kepada anggota polis tersebut, dengan harapan dapat lalu pintu manual dengan mudah. Belum pun habis aduan, pak cik polis ni pun menyampuk menyebabkan hati ana sedikit terbakar.

Katenye dengan lagak bergurau dan senyum meleret
“dah bace bismillah ke belum tadi dik…”.

“Ya allah” ana berkerut dahi menahan parasaan yang bercelaru antara geram, penat dan malas nk layan.

“aish, aku dah la penat ni.. tension dengan orang yang ramai pulak..boleh la die melawak kat sini, ade jugak yang aku bukak silat cekak hang tuah kat sini [bajet tahu je]” monolog ana spontan, tapi dari sudut yang lain..ade sesuatu yang berbisik..

Melihat wajah ana yang dah berkerut-kerut dan mengerikan ini. Maka ..

“Bismillahirrahmanirahim, silekan dik” polis itu pun terus membuka pintu dan mengizinkan ana masuk.

Ana melangkah dengan senyuman yang ditahan. Malu tapi geram. Geram sebab rase dipermainkan. Tetapi rase malu dengan pak polis, diri sendiri dan Allah lebih-lebih lagi.

“Memang, aku tak bace bismillah pun mase nak touch tu. Dah orang ramai berebut-rebut nak masuk, manelah sempat nak bace….” Ana mengomel sendiri.

“Alasan” tiba-tiba bisikan iman menjengah.

“Nak ingati Allah bukan hanya waktu senang dan lapang. Tetapi sentiasa, tidak kira sibuk, sesak atau susah..dalam Al-quran telah tertulis bahawa mengingati Allah dalam keadaan, berdiri, dudk atau berbaraing.. Sepatutnye, time sesaklah ingat Allah sebab kata Allah..dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”


Share:

0 comments:

Post a Comment