Skip to main content

Senyum tak perlu kata apa-apa

"Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"... Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata. "
Kata di atas ana petik dari artikel iLuvislam. Memberi makna yang mendalam. Juga membawa ana menyelami maksud sabar yang ana baca dari majalah solusi isu 31. Cukup payah untuk di laksanakan. Dalam bahasa yang mudah Sabar = tak gelisah, tak beremosi, tak mengeluh dan tak gelabah. Boleh buat ke?? i'allah boleh, ana sedang cuba...antum juga perlu cuba (^_^)v. Sabar juga seperti menelan hempedu tanpa berkerut muka..pernah cube?? kalau ana, telan asam tanpa berkerut boleh lagi, kelau hempedu mungkin tidak..

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.

(^_^)v senyum dan tenang apabila diuji. Lalu katakan "aku hanyalah hamba Allah dan aku layak diuji"...Sejak balik intern ana sangat menghargai senyuman diri sendiri. Bukan sebab ana kiut atau comel , tapi sebab senyuman itu menenangkan hati dan menyenangkan hati orang sekeliling. Impaknye apabila kite mamberi aura ceria, kita juga akan dapat aura ceria dan gembira. Rase suke dan bahagia melihat wajah orang yang selalu dan mudah tersenyum. Hilang semua masalah dalam kepala.

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

TAHNIAH

Terima kasih kepade semua yang mengingati hari lahir ana,yang bg hadiah,tq BITS dgn pos yang panjang dan berderet2 , sahabat seperjuangan UPSIDEDOWN (berkat hari lahir dapat jugak join gg), syukran kepada yang wish kat facebook, kat friendster , thanks jugak pade yang post lagu bestday mira dan lain2, pos gambar2 kak.ab kak.shida, yang mesej seawal 12 mlm (tapi ana dah tido),kawan2 lame kat sekolah rendah n sekolah menengah dulu, arigatok kepade haousemate yang masak macam2 tuk buka puase semalam(kenyang sgt!!), sori sebab lauk semalam xjadi sgt asam jawe terlebih(tapi tetap kenyang) , Grasais to ibu ayah adik-beradik yang call pagi2 lepas subuh je dapat call dari ibu (sebab ayah dapat kredit bonus hari jadi>>free) TERIMA KASIH kepade ibu sebab sudi lahirkan along..alhamdulilah ana beruntung jika nak dibandingkan dgn bayi2 yang ditiggalkan oleh ibunya dalam tong sampah ditepi surau,masjid ,dicampak dalam parit atau sungai ,dibalut dalam plastik dan di sumbat dalam luban...