Skip to main content

Modul Muhasabah



"Abang selalu ziarah kubur ayah?" suara dikuatkan, separuh menjerit melawan angin sepanjang perjalanan ke pusara ayah

"kadang-kadang je, xde sape nak bawak" kate abang sambil membetulkan topi keledar yang longgar..

"abang ajak la selalu, orang yang dah meninggal ni, macam orang yang hidup juga..sunyi dan suke kalau ahli keluarganye slalu datang menziarah..kan abang kate abang rindu ayah.." perbualan diteruskan selepas moto diparking..

"em..along bile lagi nak balik" jawap abang ringkas lantas mengubah topik..budak lelaki memang macam tu rasenya, tak suke dilecturekan..panjang je akal mengubah tajuk perbualan kalau tidak disukai...

Dalam satu kuliah ustaz Azhar Idrus berpandukan satu buku hadith yang ana lupa tajuknye. Menziarahi kubur ini feadahnye tidak hanya kepada orang yang sudah meninggal tetapi banyak pade orang yang datang menziarah itu sendiri. Apabila melangkah je dalam perkarangan kubur, suasana dan hati merasai satu perasaan yang lain. Bukan perasaan yang macam nampak H__tu, tapi perasaan sayu seperti menjalani sesi muhasabah ESQ. Mungkin ini yang dinamakan terbiyyah atau modul muhasabah dari Allah di kawasan-kawasan yang terkandung 1001 hikmah.

Perasaan yang memungkinkan untuk kite menangis sendiri. Merasai seolah-olah ajal kian mendekat dan malaikat Izrail yang berada disisi, memerhati gerak geri. Hari ini, aku hadir menziarahi pusara ayah..entah berapa tahun lagi, mungkin aku pula yang diziarahi oleh sanak-saudaraku..bersediakan aku?? Itulah muhasabah terbaik manusia. Macam juga kite memandu kereta..dalam keasyikan memecut 180km/h, kereta kita melintasi satu kemalangan ngeri..kereta diperlahankan, dan timbul rase takut. Picu minyak dilepaskan sedikit..dan perjalanan diteruskan dengan berhati-hati...kerana aku, tidak sanggup mengalami nasib seperti itu...

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran ayat 185)

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.