Tuesday, June 26, 2012

UTnM

"Assamualaikum Dr. Suzi""Waalaikumsalam haa Isma..ape cerite?"
"huhu..Dr. boleh saye jumpe Dr..asyik tangguh-tangguh je"
"orite, kalau macam tu datang Khamis pukul 12"
"boleh-boleh..."
"but I've got class, so kalau I lambat you tunggu kat office ye"
"okey Dr..thank you." (^_^)v

Semesta ni ana tidak register untuk FYP II tapi plan tu complete at least 70% prototype and report. Supaya semesta depan lebih mudah dan fokus untuk plan selepas bergraduasi juga all out gerak kerja  yang boleh digerakkan. Banyak yang perlu difikirkan. Planning untuk diri sendiri sebagai pekerja bermajikankan manusia dan bermajikan Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai sahabat dan pelbagai lagi...Cume, dalam mase terdekat ni perlu plan untuk balik kampung dan menghantar Umar ke kelinik kesihatan. Kos yang diperlukan untuk rawatan kali ni agak memberangsangkan (^_^)'' ..Ya Allah sucikan hartaku..ameen.

"along jadi tak balik minggu ni??"
"huhu, along tersalah tengok kelendar la ibu..mid sem minggu depan start hari rabu"
"la, minggu depan la baru balik rumah"
"ha'ah..i'allah"
"ibu baru beli cat..ade 4 tong"
"erk..ibu nak cat rumah jugak ke?? bukan cat rumah tu elok lagi ke??"
"mane eloknye, dah tertanggal-tanggal dah..ni dah nak raye ni"
"oo ibu tunggu along balik ae..nak cat luar ke dalam??"
"luar je..dalam, nanti la dulu...."
"ooooooo, ibu beli warna ape??"
"purple dengan oren rasenya.."
"macam-macam......

Tu die, pesta warna-warni dah nak bermula. Jom balik kampung. Ade urusan lain juga nak diselesaikan..Moga-moga Allah permudahkan..

Hari ini dah 6 Syaaban, Rejab baru sahaja beredar..tak lama lagi Ramdhan nak ziarah..Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk kite bersiap-siap untuk masuk ke Universiti Tarbiyyah dan Mujahadah UTM. Dah bersedia ke semua?? Masyaallah, peringatan untuk diri sendiri yang semakin lalai. Bulan mulia nak datang, bulan yang Allah nak beri sebanyak-banyak pahala..rohani dan jasmani dah sedia. Kalau syawal begitu dinanti-nanti, ramadhan apetah lagi.

Umpama nelayan nak menjala ikan. Pagi-pagi ambil sarapan untuk alas perut dan tenaga, jala dah di sediakan sejak semalamnya, sampan perlu dibaiki untuk keselamatan. Doa dibaca seawal meninggalkan jeti [ni ana agak2 je, xpernah ade pengalaman jadi nelayan]..Apa pun semua pekerjaan pasti ada persiapanya. Guru, ada alat2 mengajar, jurutera ada kelengkapan keselamatanya, doktor ada stateskopnye dan polis ade pistolnye..Pelajar yang nak masuk asrama lagilah banyak harta-benda yang nak dibawanya.


Macam tu jugalah kite. Apa peralatan kite nak bawa semasa nk masuk UTM ni. Puasa sunat dah mula ke? Qiammullail dah ok ke??. Sedekah dah hulur ke?? banyak lagi ibadah yang dianjurkan dalam islam. Ape lagi sahabat-sahabat moh le kite beramal. Kalau kite sayang ALLAH, ALLAH juga akan sayang kite..Makhluk dilangit akan kenal dan cinta pada kite..sedang makhluk dibumi juga akan kasih dan tenang bersama kite..


Share:

0 comments:

Post a Comment