Monday, October 22, 2012

i-Inova : Allah itu Maha ADIL

The only thing yang best hujung minggu ni

Hidup yang tidak adil, kerana dunia itu tidak pernah pun adil. Baru bace aritkel Dunia Tempat Berpenat..Allah terus bagi modul on the spot. Terduga hati, mata sikit lagi nak berjurai air hujan (T_T). Nafas seolah-olah tersekat namun bibir tetap digagahkan untuk mengukir senyuman. Duhai hati yang terluka, bersabarlah kerana bukan kamu sahaja yang Allah uji. Para rasul terdahulu juga turut diuji dengan lebih getir lagi.

Minggu yang tidak dapat digambarkan. Jasad menuju ke Nilai dengan hati yang tidak pernah tenteram meninggalkan UTP (sayang juga aku pade u ini) dan sebab-sebab yang tidak dapat diceritakan (tenangkan hatiku dan ampuniku wahai Allah). Final Year Project orang lain yang di tambah baik dan dibawa bertanding dalan i-innova USIM minggu ni kisahnya dapat bronze.

Yang bestnye, hari kedua yang memboringkan, ana pun ambil kesempatan untuk explore project orang lain sendirian(nak tambah pengetahuan am la kononnya). Unfortunatly, I discover that amat payah rupenya nak mendekati booth pameran ni. Perlukan kesabaran dan keberanian. Mane tidaknya, ade penjaga booth yang baik dan senyum, so mudah untuk didekati. Nasib malangku tengah hari ini mendekati booth yang meriah bahan pameranya, tiada tetamu lain yang berkunjung berlainan dengan booth disekelilingnya yang meriah menusia berkunjung.

"Xde orang, boleh la g tengok..macam menarik je booth ni" monolog sape tah..

Tak tunggu lama, kaki dihayun mendekati booth tersebut. Senyuman di beri dengan maksud "boleh sya tahu projek Puan"..malang tidak berbau, petanda buruk menjelma..senyuman tidak berbalas..senyumku kendurkan sedikit, cuak!! Kali ini lidah menutur kata "boleh saya tahu, project puan"..petanda aneh, tangan diangkat dan jari telunjuk menuding ke arah poster..kepalaku mengangguk paham

"Awak nak tahu ape sebenarnya, awak tibe2 je datang ni" katanya, kekerutan mula menjelajah seluruh mukanya yang berisik.

"Erkkk.."Lidahku kelu..ade kesakitan disitu

"Awak nak ape ha..tibe2 je" tanyenye lagi,serius

"Erkkk,xpe2" kalini menakutkan, kalau diikut hati rase nak menangis pun ade..nak lari balik melaka pun ade (Nilai ngan Jasin 1jam je)

Ape lagi, undur diri dengan duka citanya..akal ligat berfikir.."Penat kot, ramai orang datang tengok booth de..dah berkali2 explain"

Begitulah ragamnye i-inova. Ade yang senyum xboleh dikawal, ade yang emo xboleh dikawal. Orang datng booth salah, orang xdatang booth pun salah. Ade yang dilayan baik ade yang dilayan kurang baik. Em, xboleh ke semua dilayan dan memberi layanan yang sma?? Knape orang biasa yang datang berkunjung xmendapat layanan yang istimewa seperti apabila pengadil datang?? Adik-adik sekolah teknik Klang yang berkunjung ke booth tidak dilayan sama separti apabila tetamu terhormat Vice Chancellor USIM datang ke booth. Bukankh itu tidak adil.

 Jawapanye tentulah tidak. i-inova, tetamu yang berkunjung ke booth kite ni berbeza-beza tahapnya. Tidak mungkin layanan untuk VIP dan judges sama seperti layanan kepada pelajar2 skolah teknik. Mestilah kite selaku penjaga pameran akan explain menggunakan bahasa yang formal,sedangkan untuk pelajar skolah perlu penjelasan yang ringkasa dan lebih mudah difahami. Orang kata bercakap dalam bahasa yang sesuai dengan audience kite. Barulah mesej sampai dan kite tidak menzalimin mereka.

 Therefore, betulkah sangkaan dunia ni tidak adil?? Adakah Allah tidak adil dalam memberi ujian dan rezeki?? Mengapa para rasul mendapat ujian yang amat berat?? Mengapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin (kesalahan sistem kapitalis itu memang punca utama..no offence) Namun harus diimani bahawa Allah itu Maha ADIL. Kerana sifat Adil Allahlah Die memberi ujian dan rezeki mengikut tahap kemampuan dan kefahaman. Lagi tinggi imannya,lagi berat ujianya. Bukan Allah tidak adil, tetapi itulah bukti keadilan Allah.

 "Orang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain. 

 Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata. 

Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.  

Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!” 

 Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat: Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat! 

 Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”
Share:

3 comments:

  1. "saya nak tahu, akak memang saja-saja ke berdiri kat situ?"

    ReplyDelete
  2. kesian awak..
    xpe, balas dgn senyuman.. ;)

    ReplyDelete