Monday, March 11, 2013

Tanah Merdeka

Sekarang Tv3 sedang sibuk memaparkan berita pertempuran tentera Malaysia di Lahat Datu dan Tawau. Sayu juga hati tatkala melihat wajah-wajah wira Malaysia yang diterbangkan kesana disiar dalam tv. Khabarnya kemarin telah lebih dari 12 betilion tentera dihantar, 8 orang meninggal dunia dan lebih dari 5 orang cedera. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air Malaysia tercinta. Kata Pedana Menteri dalam media massa, tidak seinci pun tanah ini akan dibiarkan dinodai oleh musuh. Insyaallah ameen.

Terpuji sungguh perjuangan itu dan disanjung-sanjung masyarakat sehingga beratus-ratus laporan polis di failkan untuk mengecam seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan memfitnah kerajaan Malaysia. Begitu hormat dan tinggi nilai pembelaan yang diletakkan oleh sekalian rakyat Malaysia terhadap pejuang bangsa di Lahat Datu. Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar..kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu..ok itu tiada kene mengena..apa pun tahniah rakyat Malaysia yang bersatu padu untuk kemakmuran negara. Kite yang tidak bertempur ini, diharap ringankan tangan untuk menderma kepada yang memerlukan.



Diharapkan semangat mempertahankan maruah bangsa ini sama nilai dan tinggi martabatnya dengan semangat menjaga dan mendaulat maruah agama Islam yang tercinta. Jika perjuang yang gugur dimedan pertempuran diberi penghormatan sehingga jasadnya disemadikan, begitulah juga jasad orang-orang yang larut dalam perjuangan dakwah menegakkan daulah Islam dibumi  Malaysia ini. Jika kaum keluarganya dilindungi, dibantu serta hati mereka tidak diizinkan untuk disakit dengan tomahan dan fitnah yang melulu tanpa bukti maka, seharusnya  hati dan sanubari sekalian ahli keluarga petugas Islam yang mempertahankan Islam seikhlas hati juga harus diambil peduli. Hentikan budaya memfitnah sesuka hati tanpa bukti juga budaya mengadu domba secara fizikal mahupun maya..sedih tatkala membaca kate-kate ulama yang rendah hati ini di facebook..

"Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan". Ujarnya lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Share:

0 comments:

Post a Comment