Wednesday, March 26, 2014

Pray for Mesir 529

Misi pagi ini mengodam mana-mana laman sesawang untuk mencari berita. Tahu cerita, punca dan mengapa. Kata kuncinya adalah 529 Mesir. Membaca semua berita perkembangan mesir, hati ini menangis. Sungguh berat ujian yang allah berikan kepada negara ini umumnya dan HAMAS khususnye. Fitnah berleluasa, yang salah dikatakan benar dan yang benar dihukum mati. Nah! itulah dunia. Kejam dan tidak berperikemanuasiaan.

Mahkamah bukan lagi tempat pengadilan, penjara bukan lagi untuk penjenayah dan demokrasi bukan lagi untuk rakyat. Allah...kami kini di hujung zaman. Kezaliman dilihat indah. Manusia tidak lagi takut menyalahgunakan kuasa. Jawatan dan amanah telah diselewang, tikam belakang dan segala bentuk khianat yang bukan kepalang teruknya.


Tidak kalah, pelakon tambahan yang menambah luka. Sang Media Massa yang begitu tidak telus dalam laporan..setiap hari terus menerus menyebar dakyah kepada dunia. Pengganas, itu gelaran untuk meraka yang membawa risalah Islam sedang rakyat mengiktiraf mereka. Amerika yang selama ini terkehadapan dalam isu kemanusiaan, berpeluk tubuh beku dan bisu..

"Dalam analisis global, pihak Barat sememangnya tidak mahu kebangkitan rakyat Arab berakhir dengan kuasa beralih ketangan kelompok Islam. Lantaran itu tidak mengejut segala tindakan menindas kelompok Islam terutama gerakan Ikhwan Muslimin tidak didukung oleh kuasa Barat walaupun atas nama hak demokrasi rakyat Mesir. Sebab itu tindakan regim tentera tidak dikecam oleh kuasa Barat walaupun jelas ia melanggar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa serta hak demokrasi rakyat Mesir" 
Harakah Daily  

Saya percaya sekalian umat yang duduk dalam bahtera perjuangan tidak akan pernah redha dengan kezaliman ini. Namun saya dan kite juga tahu, bahawa memperjuangkan Islam pada zaman ini, umpama mengenggam bara api. Panas! Pedih! Sakit! Seksa! Tidak hanya itu, bergelumang juga dengan air mata, keringat dan darah. Mengapa begitu sukar? Tidak! Saya yakin, meraka ini tidak sedikit pun sedih mahupun bimbang akan hukuman yang mereka terima. Saye dan kite juga, harus terinspirasi untuk lebih terus istiqamah dan tsabat dalam bahtera ini. Kerana yang menanti kita bukan angan kosong. Allah janjikan Syurga yang mengalir dibawahnya sungai..Syahid! Ayuh pijamkan segala yang kita miliki untuk satu janji yang pasti..Allahuakbar!!


 "ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-NYA); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-NYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izin-NYA. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendaki-NYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar." 
( Surah al Baqarah ayat 255) 

Share:

0 comments:

Post a Comment