Skip to main content

Lelaki Memasak : Air tangan Suami

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat semua. Walaupun harini hari yang amat mencabar bagi saye, tapi xpe..letakkan ia di sebelah, lupakan sekejap walaupun tahu petang nanti mesti akan kene marah dengan supervisor sebab kes tak selesai selepas 4 hari duduk mengadap database. Doakan saye berjaya membetulkan masalah applikasi intranet opis ni yer kawan-kawan.

Nak cerita pasal masak dan makan, satu perkara yang saya suke buat dan mungkin kontra dengan ibu adalah memasak..tapi masak lauk-lauk je reti. Suke tidak bermakna pandai masak, lauk yang paling saye pandai pun lauk Masak Lemak Cili Api, sebab ni lauk kegemaran saya. Sambal dan asam pedas pun masakan kesukaan saya, tapi masih gagal memasak mengikut cita rasa yang saye inginkan. Susah nak lawan sambal dan asam pedas ibu...why??

Saye paling amat sangat rajin masak bile saya lapar dan kebetulan kebelakangan ni, selera makan saya meningkat.. selalu lapar. Maka saye rajin juge la memasak..balik kerja penat bercampur lapar...rehat dulu jangan paksa diri, solat magrib lepas tu baru mula masak untuk makan malam. Yang mudah-mudah je, macam Mudah.com. Kalau yang rumit-rumit nanti kebuluran plak , lambat makan..

Berkenaan masakan, sebelum saye berkahwin..saye ade la simpan angan-angan nak suami yang pandai masak..so boleh masakkan untuk saye sekali sekala..heee..angan-angan puteri gunung ledang..hah! cuba teke, suami saya pandai masak x????

Jawapanya...erm sebelum kahwin, kami pernah la berbalas e-mail (cc pade sahabat yang kami percaya, supaya xla melalut dan xlah email tu berdua-duan) sebagai taaruf atau perkenalan sedikit lebih Anuar Zain...Katenye dalam email tu, ana TAK pandai masak..sob sob sob..dalam hati kecil yang kurus ni...xpe la, standad la lelaki xpandai masak..

Maka perancangan perkahwinan tetap diteruskan (bunyi macam xjadi kawen je aek)..suami xpandai masak xpe, isteri kene 'pandai'..maka nikah.. lepas kawen, tup tup gamba masuk dalam watsup (duduk asing-asing)..
"abang masak harini..lauk sekian..sekian.."

Ooww, boleh masak rupenya suami saye..Tahniah!! impian anda menjadi kenyataan, suami pandai masak..yey Alhamdulillah.

Penting sangat ke suami pandai memasak?? sangat tu xla sangat, tapi penting tuk TAHU masak. Sekurang-kurangnye kalau isteri mabuk mengandung atau balik kampung berpantang, boleh la nak gorang telur dadar dan masak nasi sendiri apabila fulus tidak begitu mencukupi. Kadang kala ada isteri mengandung yang xnak makan makanan luar, nak yang masak di rumah je..hah, kan ke parah tu..xkan mak nak jage sampai 9 bulan..dah la berpantang pun mak kene jaga.

Kalau berpantang pula, anak ke 10 la katekan..mak dah xlarat nak jage..suami la kene jage, kene masak..isteri dah 10 kali mengandung dan 10 kali bersalin..maka suami 'solehah' kene la tolong aek. Cara saya cakap macam dah ade pengalaman je ae. InsyaAllah doakan. Teori je (tapi realistik).



Menu dua hari lepas, simple macam SimplySiti. Sayur xyah masak , sebab kite tiru omputeh..salad segar. Ade oren 39sen sebiji dan ayam masak merah lebih minyak lebih pedas..Air special air tangan suami, carrot susu (kurang carrot tapi sedap) dan nasi pakai beras cap Burung import dari Kelantan..

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.