Friday, October 10, 2014

AidilAdha di Kelantan Part I

Assalamualaikum wbt

Nak cerita, kongsi pengalaman dengan pembaca dan juga sebagai catatan untuk diri sendiri. Nanti bila tua boleh bagi anak-anak bace..Tahun ini tahun pertama saye beraya di rumah mertua. Ade baaanyak kisah menarik nak dikongsikan, sebab tu ade ade part I, kalau tidak jenuh nak menaip semua sekali gus.

Untuk perjalanan kali ini kami tidak terus travel ke Timur, ade tempat nak disinggah. Ipoh. Tempat dating masa awal-awal perkahwinan dulu hee...Bukan nak dating, tapi kami decide tuk tidak meneruskan perjalanan 8 jam dalam satu hari, badan tak larat. Sudahlah di tempat kerja 8 jam, nak tambah pula lagi 8 jam...terasa tua

Perjalanan bermula dari LRT Universiti menuju check point pertama, Ipoh. Sungguh menguji, perjalanan 3 jam menjadi 5 jam lebih. Kesian En Suami memandu dalam jem..Sampai di sana, check in hotel untuk melepaskan lelah kerja dan lelah perjalanan. Esok temujanji dengan Produa, tuk service Cik Bee kami.



Pukul 12.00 tengah hari kami teruskan perjalan ke Kelantan. Kami sepatutnye melalui Lebuh Raya Plus, tapi pelik dan pertama kali dalam hidup saya alami perkara ni..selalu dengar dalam radio segmen info trafic je. Plus tutup tol..tak boleh lalu..geram jugak hati ni, ade lebih kurang 10 buah kereta je depan kami..tapi Plus xbagi masuk..sob sob sob. Kami teruskan perjalanan, Plus arahkan kereta buat lencongan melalui Sg Siput tuk ke arah Utara..Sesak juga jalan lencongan ni dengan manusia..sabarlah hati..ujian Allah.

Nak dijadikan kisah, rupa-rupanye ade kemalangan maut di hadapan, ade beritnya di sini . Betul la tekaan En Suami. Mujur kami tak masuk dalam highway tu, kalau tidak..kenyang la makan jem yang dijangka akan menambah masa perjalanan selama 2 jam lagi . Alhamdulillah, perancangan Allah. Sepanjang perjalanan tu hujan tidak berhenti, rahmat Allah..adakalanye lebat sehingga menghadkan jarak pandangan, adakalanya renyai. Alhamdulillah Cik Bee mesti suka sebab sejuk je..

Banyak juga musibah lain yang kami saksikan sepanjang perjalanan. Kesian sungguh melihat nasib meraka. Di kala orang lain sibuk membuat persiapan raya, kami dan mereka masih di atas jalan, cume kami lebih bernasib baik, hanya diuji dengan jem. Mereka, diuji dengan tayar bocor, kereta rosak, terbabas dan macam-macam lagi. Semoga Allah berikan rahmat atas kesabaran mereka.

Alhamdulillah kami sampai Pasir Mas lebih kurang 9 malam. Selamat sampai dengan sedikit letih yang terubat melihat ramai sanak saudara berkumpul. Meriah, sebab ramai adik beradik suami, anak sedara pun ramai..itu belum ade ketujuh-tujuh beradik..Nantikan cerita raya esok harinya..
Share:

0 comments:

Post a Comment