Skip to main content

Semanis Kurma AidilAdha

Assalamualaikum wbt

Berita gembira harini. Order semalam, petang ni dah sampai Shaklee slimming set and my ESP. Semoga dengan izin Allah badan akan lebih sihat. Harini Insayaallah lepas kerja akan gerak balik kampung di Pasir Mas. Seronoknye..nak tengok lembu korban. Saye belum pernah lagi menonton adegan sembelih-menyembelih lembu secara live. Harap-harap dapat tengok.

Semangat berkobar bile tengok Semanis Kurma TV9 semalam. Tajuk yang sangat sesuai dan perbincangan yang sangat ilmiah, Ibu Jasin pun suke (sempat kol ibu pagi tadi..sob sob, xraye Melaka..Maaf zahir batin ibu). Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu semalam kate ibu. Saye pula terasa rugi tak fokus Semanis Kurma. Mane tidaknye, leka mengemas beg pakaian untuk pulang ke Pasir Mas.

Malam tadi suami saye lena awal..kepenatan meredah jem mase balik kerja. Isteri kat sebelah tidur dengan selesa..hee maaf yer abang. So malam turn saye berjaga, kemas beg dan rumah sebab esok pagi-pagi nak terus bawa beg dan pecut ke timur lepas abis kerja. Kesan sampinganye memang tak dapat fokus Semanis Kurma walaupun hati tu berbisik-bisik..menarik betul tajuk malam ni..Nak kuatkan volume tv takut suami terjaga, plus malas pula nak bangun menguatkan volume tu..

10 awal Zulhijjah pahala berganda..hari ini dan 8 Zulhijjah..pacutan terakhir.

Simple design..orang perempuan yang design..Comel

 

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.