Skip to main content

Pelajaran : Menikmati ketenangan Hati

Sedikit ilmu yang saya dapat masa sesi pump semalam. Dari Majalah Mama Mei 2015 milik kawan sepejabat. Bagaimana menggalakkan perkembangan otak bayi. Tajuk yang memang sesuai dengan usia Mu'min sekarang. Semakin hari semakin banyak akalnye dan keseronokan bereksplorasinya yang semakin menjadi-jadi.

  1. Kekalkan kesihatan dan keselamatan bayi
  2. Sayang bayi anda.  Tunjukkan kasih sayang dan perhatian
  3. Berikan tindak balas terhadap isyarat bayi anda. Jika bayi anda menunjukkan minat untuk bermain, bermainlah dgnnya.  Jika bayi anda mahu dipeluk,  peluklah dia
  4. Kenal pasti bayi anda akan membesar mengikut kadar tumbesaranya
  5. Bercakap, membaca dan menyanyi untuk bayi anda, tidak kira apa pun yang anda baca boleh jadi akhbar atau nyanyi hanya sebaris lagu
  6. Kekalkan persekitaran yg mengalakkn eksplorasi dan belajar
  7. Bentuk rutin displin awal.  Jadual
  8. Jaga diri aqnda. Memodelkan kesihatan dan menangani stress dengan baik

Hujung minggu lepas sempat juga melangkah ke Pameran Buku Antarabangsa 2016 di MAEPS Serdang. Sangat mengujakan. Banyak sangat buku, promosi buku yang pelbagai dengan harga yang meliurkan, diskaun-diskaun yang ditawarkan memang berpinar biji mata.

Tempat yang berlainan daripada tahun sebelumnya. Kami suami isteri memang selalu mengunjungi pesta buku, sebab sya gemar membeli buku, beli dulu bace bile-bila boleh :P. Secara keseluruhan, semuanya menarik dan selesa kecuali surau yang terletak agak jauh dari dewan pameran.


Ade shuttle bas disediakan dari tempat paking. Pakingnye bukan main luas. Tapi xpuas hati sebab kene bayar. Ini semua kapitalis :P



Bergambar dengan selebriti. 1st buku tulisan Ustazah Fatimah Syarhah yang sya baca ialah buku yang dipegang oleh beliau dalam gambar ni. Pdf form. 

Dikir barat dulu sebelum shopping buku.

Hasil tangkapan. Kredit to Abu Mu'min

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.

TAHNIAH

Terima kasih kepade semua yang mengingati hari lahir ana,yang bg hadiah,tq BITS dgn pos yang panjang dan berderet2 , sahabat seperjuangan UPSIDEDOWN (berkat hari lahir dapat jugak join gg), syukran kepada yang wish kat facebook, kat friendster , thanks jugak pade yang post lagu bestday mira dan lain2, pos gambar2 kak.ab kak.shida, yang mesej seawal 12 mlm (tapi ana dah tido),kawan2 lame kat sekolah rendah n sekolah menengah dulu, arigatok kepade haousemate yang masak macam2 tuk buka puase semalam(kenyang sgt!!), sori sebab lauk semalam xjadi sgt asam jawe terlebih(tapi tetap kenyang) , Grasais to ibu ayah adik-beradik yang call pagi2 lepas subuh je dapat call dari ibu (sebab ayah dapat kredit bonus hari jadi>>free) TERIMA KASIH kepade ibu sebab sudi lahirkan along..alhamdulilah ana beruntung jika nak dibandingkan dgn bayi2 yang ditiggalkan oleh ibunya dalam tong sampah ditepi surau,masjid ,dicampak dalam parit atau sungai ,dibalut dalam plastik dan di sumbat dalam luban...