Monday, May 16, 2016

RMC Boy's Birthday

Selamat hari lahir Azmil Yusop Ishak. Dah besar dah adik along. Hadiahkan kek coklat biru satu. So kite buat makan- makan kecil di perkarangan Masjid MTD. Penuh masjid dengan student2 MTD, memandangkan sekarang ni musim Mid Year Exam.Semua kelihatan cerah termasuk la Pak Usu Mu'min ni sebab xbanyak aktiviti luar dan kena pulun study.

Pada awalnya saya menganggap MTD hanya untuk mereka yang nak jadi tentera dan akan digasak kaw-kaw untuk dibentuk menjadi tentera, rupa2nye silap besau. Mendengar cerita pak usu berkenaan ujian 1 mereka baru - baru ini, gamaknye pencapaian akademik mereka ni bukan calang-calang. Sehebat cerita2 mereka digasak di padang kawad dan ujian fizikal. Bertabahlah duhai adikku. Kamu yang mencari penyakit itu..huhu. Dengar cerita je la sebab bukan sye yang lalui semuanya.

Mereka di MTD ni masing2 yang masuk pun bukan calang2 dan bukan senang...masuk dengan result yang gempah2 jugak, interview pun sampai seminggu. So kami ahli keluarga ni high expectation, mengharapkan mereka ni keluar juga menjadi insan yang cemerlang. Tapi harapnye bukan akademik sahaja, sahsiah pun hendaknye.





Share:

0 comments:

Post a Comment