Saturday, May 28, 2016

Anak bertuah: anak anugerah Allah

Giliran saya pandu kereta.  Perjalan pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 hari berada di rumah mertua di Kelantan.  Sedar tak sedar dah 4 jam lebih kami sekeluarga dalam kereta. Berbaki lagi 3 jam nak sampai Gombak. Fikiran terasa begitu tenteram melihat pemandangan  indah alam sekeliling. Suasana dalam kereta pun agak baik sebab anak saya Mu'min baru terjaga dari tidur yang agak lama. Letih badan bermusafir jauh agaknya.

Teringat dulu masa pertama kali membawanya pulang ke Kelantan.  Waktu itu Mu'min berumur 2 bulan lebih. Perjalanan yang biasanye mengambil masa 8 jam terasa seperti 80 jam. Terasa sangat panjang dan tak mungkin akan saya lupakan. Yela, mungkin sebab masih bayi dan tak biasa berjalan jauh. Pelbagai usaha dan gaya sya lakukan nak menenangkannya. Sampai keduanya menangis sama-sama. Hai anak ummi, anak syurga, anak anugerah Allah pada Ummi dan abah.

Ilmu dari salah satu Parenting book yang saya baca : Screaming Free Parenting. Salah satu cara untuk menjadi ibu bapa yang sabar adalah dengan mengingati 3 perkara ini.

  1. Anak Amanah Allah
  2. Anak itu pelaburan dunia dan akhirat
  3. Anak itu hiasan dan harapan dunia akhirat
Pada saya bila sebut amanah, bererti tidak boleh dipandang remeh dan perlu tanggungjawap untuk menjaga sebaiknya.  Bersabar dalam mendidik. Insyallah..

Naik sampan nak pergi shopping.


Best buy. Kelambu Moden instant . Sapa minat PM kawan. 
Queen Size 1 Pintu
Murah aje RM35 tidak termasuk postage
watsup 0194305409

Anak bujang ummi dah besar.
Share:

0 comments:

Post a Comment