Tuesday, November 22, 2016

NMK Style : Pertimbangan Akal

Bermain dengan warna dan bentuk suatu kepuasan yang luar biasa untuk saya. Biarpun tidak sempurna dan banyak yang perlu diperbaiki, tetapi dari sudut pandang saya sendiri saya begitu teruja akan setiap hasil seni seumpama ini. Ada bunga-bunga yang tersusun disatu sudut situ, ada kelipan bintang di sisi sudut sana dan ada pelbagai jenis tulisan yang terletak elok di sisi sudut sini. Semuanya tersusun, seolah-oleh mereka berkomunikasi untuk menyusun atur sesama sendiri.


Saya tidak memuji hasil karya saya sendiri, kerana poster dan flyers saya, yang tidak seberapa itu, kebanyakannya diambil inspirasi dari pelbagai sumber yang jauh lebih baik. Namun yang pasti dalam hati saya berbisik, bagaimana sesuatu hasil seni manusia boleh jadi secantik itu. Saya teruja sendiri dan saya mengakui bahawa banyak karya seni manusia seperti lukisan , banner, poster, montaj, caligrafy dan pelbagai lagi hasil air tangan manusia itu indah dan سبحان الله  amat mengkagumkan.

Tidak mengira yang lahir terus di atas kanvas, kertas 'hardcopy' mahupun berbentuk digital, grafik 'softcopy', semuanya memiliki ceritera sendiri, susunan, tema dan rona warna tersendiri. Teruja, pujian demi pujian diberikan menggambarkan kekaguman yang lahir dari hati yang begitu menjiwai artwork seumpama ini. Dan keterujaan itu kadangkala memberi kesan baik kepada emosi saya sepanjang hari. Gembira..


*****

Sedar tidak sedar pujian dan kegembiraan dari artwork ini hanya milik Allah. Ia datang dari Allah dan seharusnya pujian itu diberi atau dipulangkan padaNya semata-mata. Dan hakikatnye, Maha Suci Allah yang telah mengilhamkan segala bentuk keindahan dunia ini lalu ditafsir oleh akal manusia dalam pelbagai bentuk. Maka lahirlan pelbagai bentuk manisfestasi kebijaksanaan akal manusia di atas muka bumi ini.

Maha Bijaksana Allah yang telah menciptakan satu makhluk yang bernama Adam. Lalu diperintahkan sekalian Malaikat untuk memberi hormat kepadanya atas kelebihan akal tersebut. Juga diamanahkan kepada Adam untuk mentadbir bumi dengan kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!". Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?".
(Al-Baqarah : 30-33)

Bercerita tentang akal manusia merupakan suatu topik yang besar dan luas. Mengupas kebijaksanaan tidak kurang juga kerosakan yang dihasilkan darinya pula menuntut masa yang sangat panjang. Namun yang paling mustahak adalah menyedari akan kepentingan untuk mensyukuri nikmat akal yang sihat dan waras.

Daripada buku Mutiara Usrati penulis bertanya. Mahukah jika seorang jutawan yang kaya raya datang kepada kita dan ingin membeli anggota badan kita dengan harga yang tinggi. Misalannya membeli satu daripada 10 jari tangan kita dengan harga 50 ribu. Atau seseorang datang untuk membeli sebelah mata anak kita dangan harga 1 juta. Mahukah kita menjualnya?

Saya terpaku seketika, soalan itu seolah-olah menikam-nikam jiwa saya yang selama ini tidak pernah terfikir sejauh itu. Sebagai sorang yang ada pengalaman berjual-beli saya amat memahami betapa besarnya nilai walaupun 10 sen keuntungan. Apa sahaja akan diusahakan untuk meraih keuntungan dari jual beli yang dijalankan. Ditambah pula kos hidup yang semakin menekan, terutamanya kami penduduk kotaraya, masakan duit itu tidak penting pada kami.

Namun, untuk menjual anggota badan..kehilangan kudrat yang dilihat kecil seperti jari adalah diluar kotak fikiran. Dan dari itu, terbayang keadaan tanpa jari nan satu itu. Sungguh itulah pinjaman Allah yang paling besar yang selama ini kita lupakan. Mata yang melihat, hidung untuk benafas, lidah untuk bertutur, telinga yang mendengar, hatta 1 sel darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah pinjaman dari Allah. Benarlah kata Allah


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya kerana terlalu banyak.
(Surah Ibrahim : 34)


Inikan pula nikmat akal yang waras dan sihat. Pasti lebih-lebih lagi harus kita syukuri. Akan tetapi tidak hairan jika nikmat ini dikufuri, akal yang sempurna tidak digunakan maka lahir manusia-manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan hidup didunia. Tidak setakat anggota badan sendiri, maruah bahkan anak isteri dan ahli keluaga sendiri juga sanggup di gadaikan. Akal telah hilang pertimbangan buruk dan baik

Apapun saya kehilangan kata-kata untuk menyimpulkannya. Kerana saya akui saya dan kita semua sering kali lupa akan perkara ini. Akal kita disibukkan dengan memikirkan perkara-perkara yang bukan urusan kita. Bagaimana nak jadi cepat kaya, bagaimana nak dapat lebih banyak duit, bagaimana nak untung lebih banyak, bagaimana supaya anak pandai akademik, bagaimana supaya suami sentiasa sayang dan turut kemahuan kita dan pelbagai lagi. Kepala jadi pening,  akal telah tepu berfikir dan hati juga gundah gulana.

Kita telah memaksa akal untuk bekerja diluar bidang yang ditetapkan. Kata para alim ulama', yang sepatutunya menjadi urusan kita adalah berfikir dan menyibukkan diri untuk semakin dekat kepada Allah. Dan benarlah kalam Allah telah menyebut hanya dengan mengingatinya hati akan menjadi tenang. Mendambakan redha dan kasih sayang Allah. Sehabis usaha dan upaya kita. Menyukuri segala nikmat yang dikurniakan olehnya اَلْحَمْدُلِلّهِ.


أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram
(Ar Ra'd : 28)


*****








Share:

0 comments:

Post a Comment