Thursday, September 21, 2017

Tidak Sedar yang Saya Tidak Tahu

Saya berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Maksudnye keluarga yang sederhana, kehidupan, belanjawan dan agama juga sederhana. Makan cukup alhamdulillah tidak pernah lapar, baju baru alhamdulillah setiap kali raya dan dari segi agama solat 5 waktu sehari semalam. Tiada yang lebih dan kurang. Membesar di kawasan Felda, menumpang kesenangan dan kemudahan anak-anak Felda.

Sebenarnye nak bercerita tentang kehidupan beragama. Nak dibandingkan dengan keluarga suami. Keluarga saya sedikit jauh ketinggalan. Bapa mertua saya guru AL-Quran. Ibu mertua juga mempunyai suara lunak dan anak-anak mewarisi kelunakan suaranye untuk bertaranum. Anak-anak bersekolah di sekolah arab yang pastinya mempunyai asas bahasa arab. Menantu juga punyai latar belakang agama yang baik. Ustaz dan ustazah rata-ratanya.

Keluarga saya, biasa-biasa sahaja. Termenung sejenak mencari dimana punca. Punca mengapa ia berat disana tetapi ringan disini. Bagaimana ianya boleh jadi tidak seimbang. Amat bertuah anak-anak Mak Cik Sah dan Pok Leh miliki ibu bapa yang mempunyai latar belakang agama yang baik. Tidak sekali-kali saya nafikan betapa saya juga beruntung punyai ibu bapa yang baik Akhlak.

Pernah pensyarah saya katakan dalam satu kelas yang saya hadiri. Antara negeri yang rakyatnye miliki sifat yang agak kasar, negeri tempat saya membesar turut disebutkan. Namun saya setuju dan membenarkan kenyataannya. Saya membesar di dua buah negeri yang terkenal dengan penduduknya mempunyai sifat dan kata-kata yang agak kasar. Namun ibu ayah saya tidak begitu.

Akhlak itukan akarnya dari hati dan hati itu tempat duduknya iman. Keluarga yang zahirnya telah terlihat kebaikan akhlak, ketaatan kepada agama tidak timbul persoalan iman dan hati. Namun untuk golongan yang tidak terzahir solehnya sebagai Muslim akhlak itu menjadi cerminan kepada iman. Jadi topik perbincanganya berbeza tapi masih dipaksi yang sama. Agama.



****

Ibu saya seorang tukang jahit. Pakaian saya adik beradik tidak pernah perlu dihantar tempah. Ibu akan jahit sendiri. Malah ibu masih ambil tempahan hingga kini. Nak dijadikan cerita, ketika sekolah rendah ibu telah menjahitkan saya tudung Puteri Islam yang labuh. Ibu panggil tudung bulat. Saya pakai tanpa menyoal. Kata ibu "ibu suka tengok orang pakai tudung mcm ni". Waktu itu tiada sebarang perasaan pun, pakai sebab ibu dah buatkan.

Apabila melangkah kesekolah menengah, baju kurung ibu letakkan butang dilengan. Saya sendiri minta sebab suka melihat kawan yang pakai baju begitu. Jadi saya bertudung labuh dan baju bercekak dilengan. Gaya budak sekolah agama gamaknya. Masyallah sungguh Manusia itu dalam peliharaan Allah. Tidak ada didalam fikiran saya waktu itu yang ini adalah indah disisi islam.

Sejujurnya saya tidak pernah tahu adanya sekolah Agama selain sekolah agama rakyat yang saya hadiri pada waktu petang. Yang pakai baju putih kain hijau. Sekolah yang pada pandangan saya,balajar ilmu sampingan atau ilmu tambahan. Sekolah sesi petang yang kadang kala saya ponteng untuk menghadiri aktiviti di sekolah kebangsaan.



Yang penting adalah mendapat A dalam ujian di sekolah kebangsaan dan 5A untuk UPSR. Jadi sekolah agama saya berakhir ketika darjah 5 selepas UPKK. Tahun 6 ramai yang tidak lagi hadir kesekolah agama kerana ade ujian besar iaitu UPSR. Kelas tambahan, kelas malam banyak, jadi tidak mampu untuk memberi komitmen untuk sekolah agama.

Sedangkan disatu sudut negeri yang lain. Ada sekolah arab, balajar bahasa arab disamping silibus sekolah kebangsaan matematik, bahasa melayu, sains dan bahasa inggeris. Masyallah. tidak selari. Ade yang keciciran. Pembinaan nilai islam itu maju disatu sudut, namun mundur dan dikesampingkan di sudut yang lain.

Saya sendiri menyaksikanya tanpa sedar. Dan baru harini ini, dikala saya menulis, terbit rasa kesal. Harini ini saya duduk di sebuah negeri yang lain dimana saya lihat beberapa golongan. Yang mencari pendidikan agama, yang biasa-biasa menjalani kehidupan antara ada dan tiada, dan yang meninggalkan agama.

Tapi saya memahami. Keadaan dimana saya tidak tahu dan tidak sedar akan kepentingan agama. Kerja buat dakwah harus diteruskan. Tidak sehari boleh diberhentikan. Ramai lagi yang mencari-cari apa ertinya hidup ini. Ramai lagi yang tidak sedar bahawa rupa-rupanya saya tidak tahu Agama.


Share:

0 comments:

Post a Comment