Wednesday, December 27, 2017

Dari Perlis ke Kuala Lumpur

Misi menziarahi sahabat di Perlis tak tertangkap gambarnye. Apa pun tetap tersimpan kemas dalam memori insyaallah.. Sahabat dunia akhirat tu.

Masa tu baru terasa betapa saya rindukan celotehnya. Walaupun dah lama tak jumpe tapi mesra macam jumpa hari-hari. Betapa saya rindukan gurau senda dan lawak mereng kami masa belajar di UTP dulu. Betapa saya rindukan musafir bersamanya, pemanduannya yang berhemah dan sangat saye kagumi, tapi sehingga kini saya gagal mencontohinya.

Betapa saya sangat selesa dengan kemesraan dan ramahnya. Senyum dan ketawanya yang tak palsu meraikan cerita/luahan sahabatnye. Hangat tangan dan pipi bila bersalaman dengan beliau saya tak tipu.. aura orang2 yang ikhlas dalam berukhuwah kerana Allah. Dia bukan orang-orang biasa, orang yang ade sesuatu yang ramai orang mudah tertarik pada beliau.. Influence kate omputeh.

Memiliki baris gigi yang cantik mungkin itu faktor utama beliau tidak lokek senyuman. Sapaan pertama yang buat orang yang tak kenal pun jadi tak kekok. Orang tua suka, kanak-kanak gembira (pada saya tak berlebihan sangat pujian tu..)

Diuji Allah sewaktu mengandung anak kedua. Kurang air ketuban yang mengakibatkan beberapa komplikasi lain. Semoga Allah beri yang terbaik untuk beliau sekeluarga. Baby kedua lahir pra-matang dan kini masih di NICU Hospital Perlis (stakat yang saya maklum). Making a good progress day by day..Alhamdulillah. Go Go baby!!

Kalau ade jodoh mungkin boleh berbesan sebab Rafah dan Mu'min nampak serasi walaupun Mu'min tak berapa nak berkawan sangat tak menurun ummi yang mesra pengguna, sedangkan Rafah mewarisi keramahan celotah dan sifat mesra ibunya. (pasangan memang selalunya melengkapi :P)

Gambar lama. 
Share:

0 comments:

Post a Comment