Skip to main content

Review Buku : Why Mars and Venus Collide?

Normal ke rumah tangga saya? Buku yang sangat baik untuk memahami emosi lelaki dan wanita dari sudut pandang sains. Pada pendapat saya ia membantu saya memahami orang-orang serumah saya. Siapa? 3 orang lelaki gagah, kacak bergaya Mu'min, Mu'izz dan En. Zul (handsome man of all!!). Juga untuk memahami wanita-wanita sekeliling saya. Diri sendiri, ibu, adik dan rakan-rakan taulan.

Mengapa mereka bertindak sedemikian. Mengapa bukan seperti yang saya inginkan, Mengapa bukan begitu tetapi begini? Kenapa cara lelaki tujukkan kasih sayang tak sama macam perempuan? This book really answer all questions that I have in mind about people around me. Help me explains why I should not feel bad about people. Telling me that he or she is a normal human being.

Tak pasti kenapa nak letak gambar ni dalam post kalini.
Susah tau nak dapat gambar  macam ni..fatherly sangat

Sehingga hari ini saya baru membaca 4 ke 5 bab. Yup belum habis. Kenapa belum habis? sebab  kurang masa sobsob. Saya beli ebook untuk memudahkan saya mengakses buku tersebut dimana sahaja tapi tetap tak habis-habis lagi membacanya. Dan saya dapati ebook lebih mencabar sebab saya tak suka pegang handphone atau gadget bile bersama keluarga. Plan to buy the book instead.


Antara bahagian yang saya suka(semua bab best), pengenalan pada hormon dan fungsinya. Subhanllah kuasa Allah menjadikan hormon-hormon yang berlegar dalam tubuh kita ini tidak sama lelaki dan wanita. Nama sahaja sama tetapi jumlah yang dirembeskan tidak sama. Bila sesorang stress, ade homon dirembeskan dalam jumlah yang banyak sehingga memberi kesan sampingan buruk seperti sakit jantung, buah pinggang dan pelbagai komplikasi pada sistem tubuh. Keletihan juga memberi kesan pada badan, ade hormon bertambah ade pula yang berkurangan menyebabkan reaksi\tingkah laku\sifat\perwatakan wanita dan lelaki itu tidak sama. 

Wanita yang penat cepat marah, merajuk tarik muka, membebel..lelaki penat ?? Wanita stress nangis, makan coklat banyak-banyak..lelaki stress main game, main bola, lepak ngan kawan. Mengapa? Perempuan balik rumah kemas rumah, bebel sambil masak. Lelaki balik kerja tidur dan tengok tv. Mengapa? Semuanya ade 'makhluk halus' lain yang 'derived all the attitude'. It is hormone!! (bukan hantu, saka dll)

Banyak lagi persoalan yang ingin saya rungkaikan. And this book helps. Dari Allah, Ia menciptakan akal/otak lelaki dan wanita itu berbeza-beza. Otak/akal yang zahirnya sama tetapi sistem,cara kerja dan pemikiran yang berbeza. Ini menyebabkan kite tidak memiliki perwatakan yang sama. Cara kite menyelesaikan masalah dan sentuhan emosi yang tidak sama.


Sedikit helaian yang suka saya kongsikan. Sangat menarik kan....!!

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.