Thursday, January 11, 2018

Stabil jiwa, Tenang

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan,walaupun sekadar bermanis muka ketika kamu menemui saudaramu."

(HR.Muslim:2626)


Betul, saya selalu ambil ringan bab senyum/manis muka. Terutamanya dengan anak-anak dan suami. Kadangkala bila dah ternaik hangin tu memang susah nak senyum. Kesian anak-anak terkebil-kebil apabila suara umi dah mula tinggi. Tak berganjak die dari tempat tadi..mata terus memandang saya. Mungkin nak minta maaf tapi tak pandai nak susun ayat. Umi terus tak pandang, ego ni tinggi. Mentang-mentang aku ibu!!


Kali pertama mendengar hadith ini masa tinggal sebumbung dengan kawan-kawan di Pantai Permai, Pantai Dalam. Baru lepas grad. Teringat ketika itu, saya berfikir sekejap apabila memahami hadith Nabi ini. Setuju benar. Bila serumah kite tahu hati budi masing-masing, kenal bukan sekejap, dah bertahun-tahun berkawan. Kenal, bila waktu kawan tu gembira, kenal, bila waktu sedihnya tiba, kenal juga bila waktu stress sesama-sendiri. Bagaimana? Kan kata kawan dah lama.... huhu Jawapanya bukan hanya itu!! Memek wajahnya yang paling ketara!!

Perempuan, tak boleh menipu ape dalam hati mereka. Muka tu dah tunjuk dulu sebelum mulut dibuka untuk berkata-kata. Bila masing-masing balik kerja, tengok raut wajah satu-satu. Ini mesti tengah gembira.. senyum sampai telinga, ini mesti ade masalah muka moncong aje ni.

Apabila terbiasa begitu. Menduga melalui memek wajah, saya jadi terbiasa. Apabila berkahwin, saya akhirnye belajar yang saya mungkin silap jika hanya menilai raut wajah kerana bukan disitu letaknya semua isi hati. Untuk suami/lelaki, mereka makhluk yang lebih stabil berbanding wanita. Mereka punyai daya tahan yang kuat terhadap serangan emosi(secara amnya).

Apapun saya silap jika mendakwa semua wanita boleh diduga hatinya melalui raut wajah. Sebab, saya sendiri ade terjumpa kawan yang mukenya tak selalu menggambarkan isi hatinye. I was really surprised at the same time impressed. Susah juga nak menduga ape mood semasanya jika tidak dia sendiri yang bercerita.

Saya harap saya miliki kekuatan sebegitu. Tidak larut dan layan sangat hati dan emosi. Sedang belajar dan perlukan masa, harap tidak lama. Oleh itu misi 2018 adalah lebih STABIL dari sudut emosi, sabar dan tenang. SENYUM.

Anak-anak tunggu giliran nak mandi.
Sape la yang dalam bilik air tak reti-reti nak keluar tu (it's me)


Share:

0 comments:

Post a Comment